SMK Seri Mahkota Kuantan

Monday 17 October 2016

Sejarah SMK Seri Mahkota, Kuantan

Sejarah SMK  Seri Mahkota, Kuantan





 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Kuantan dulunya
terletak di Gambang dan dikenali sebagai SMK Gambang, Kuantan. 

Menjelang pertengahan 1970an, suatu tapak seluas 13 hektar telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Pahang dan Kementerian Pendidikan Malaysia di suatu kawasan berhampiran Kem Batu 10, Kuantan untuk didirikan sebuah sekolah.

 Pembinaan sekolah ini siap sepenuhnya pada 1979 dan pada 1hb Januari 1980 sekolah ini mula dibuka dan ditukar namanya daripada SMK Gambang kepada SMK Kompleks Tentera Kem Batu 10. 

Pada tahun pertama operasinya, SMK Seri Mahkota hanya mempunyai seramai 480 orang pelajar, 22 orang guru, seorang Guru Besar iaitu En Loh Wee Nam, Seorang Guru Penolong Kanan, seorang pelayan pejabat dan dua orang tukang kebun.

 Pada tahun 1984, seorang guru sekolah ini iaitu Encik Zulkifli bin Md Nordin telah berjaya mencipta logo sekolah dan nama sekolah, yang ditukarkan berdasarkan nama Kampung Mahkota dan sempena nama Tengku Mahkota Pahang. Maka nama sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Kuantan dan kekal hingga ke hari ini.

 Pada tahun 2011, SMK SERI MAHKOTA telah mempunyai sebuah dewan yang boleh memuatkan lebih 1000 orang dalam masa yang sama.

Sebelum ini pembangunan dewan tersebut menjadi terbengkalai akibat beberapa faktor.Namun,setelah SMKSM menerima seorang pengetua baru, iaitu Tuan Haji Khalil,pembinaan dewan tersebut diteruskan sehingga siap.Dewan tersebut telah diguna pakai mulai tahun 2011 sehingga ke hari ini.

Sumber rujukan; sila klik di sini.



Share:

0 comments:

Post a Comment